Powered By Blogger

Smiles......

Smiles......

Followers

Apakah pendapat anda terhadap PKPGB?

Monday, March 15, 2010

Peranan komputer sebagai ABM Maths

Teknologi komputer memainkan peranan penting dalam setiap cabang kehidupan manusia hari ini. Banyak bidang tugas yang telah diambilalih oleh komputer. Komputer bukan sahaja memainkan peranan penting dalam pejabat, tetapi boleh dijadikan alat yang penting dalan bidang pendidikan. Guru atau para pendidik boleh menjadikan komputer sebagai rakan untuk membantu mereka dalam kerja-kerja bukan sahaja di pejabat tetapi di bilik darjah. Secara amnya, penggunaan komputer dalam pendidikan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu sebagai alat pentadbiran, alat penyelidikan dan media pengajaran-pembelajaran. Dalam penulisan ini saya akan memberi penumpuan kepada peranan yang ketiga iaitu komputer sebagai media pengajaran-pembelajaran khususnya dalam mata pelajaran Matematik.


Peranan komputer dalam bidang pendidikan semakin hari semakin matang. Mesin canggih ini diaplikasikan dengan pelbagai tujuan baik di sekolah mahupun institusi pengajian tinggi. Komputer berperanan sebagai alat pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu, kewujudan sumber pengajaran yang fleksibel dan membantu pembelajaran murid amatlah penting. Kini penegasan para pendidik di seluruh dunia ialah terhadap pengajaran bersepadukan komputer atau dalam bahasa Inggerisnya, Computer Integrated Instruction (CII). Penegasan utama CII ialah pengintergrasian komputer ke dalam kurikulum. Fokus utama para pendidik zaman sekarang terutama di negara membangun seperti Malaysia adalah bagaimana menggunakan komputer bagi memudahkan proses pembelajaran isi kandungan, perkembangan kemahiran pemikiran beraras tinggi (Higher Order Thinking Skill) dan penyelesaian masalah; dan bukan pada komputer semata-mata. Ini bermakna seseorang pelajar tidak akan mempelajari tentang komputer semata-mata. Komputer tidak akan ditawarkan sebagai satu mata pelajaran khusus atau sebagai kursus baru dalam kurikulum, yang disampaikan tanpa hubungkaitan dengan kegunaannya dalam bidang-bidang lain atu kehidupan seharian. Sebaliknya guru akan merancangkan aktiviti-aktiviti pengayaan berkomputer yang sesuai. Di dalam aktiviti-aktiviti ini, murid-murid akan menggunakan komputer dan perisian aplikasi yang sesuai sebagai satu alat untuk membantu mereka menyelesaikan masalah dan memahami isi pelajaran.


Kehadiran komputer dalam dunia pendidikan Matematik hari ini bukan sekadar mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran tetapi memberi sumbangan besar dalam dunia penyiasatan dan penerokaan Matematik. Guru Matematik harus menerima hakikat perubahan ini dan akur bahawa komputer adalah satu alat pengajaran-pembelajaran era moden yang tidak boleh disekat lagi.

2 comments:

  1. guru yang ingin menggunakan komputer dalam p&p matematik perlu menguasai ict tersebut. Ini adalah kerana matematik banyak memerlukan rajah. Bagaimana perkara ini dapat dilakukan seandainya guru tidak menguasai ICT.

    ReplyDelete
  2. Pembelajaran menggunakan ICT akan lebih menarik dan bermotivasi. Pelajar dapat meneroka, menyelesaikan masalah, mencari maklumat sekiranya mereka tidak memahami sesuatu topik. Mmenggunaka IT juga mendedahkan kepada pelajar perlunya persaingan dengan dunia luar kerana matematik merupakan subjek penting yang diperlukan dalam arus globalisasi.

    ReplyDelete